Friday, September 11, 2009

Bengkel Pengarahan Filem Cereka

i
Bengkel Pengarahan Filem Cereka yang berlangsung pada 9 dan 10 September 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Bengkel ini memperkenalkan Pengarah Filem Malaysia iaitu Encik Jurey Rosli. Beliau menghadirkan diri untuk menyampaikan ilmu berkaitan dengan proses penerbitan filem. Turut terlibat ialah sebahagian daripada pensyarah dan pelajar Program Komunikasi UMS sesi 2009/2010.
i
i
Bengkel ini dapat mendekatkan pelajar kepada proses penerbitan filem dan memberi peluang kepada mereka untuk cuba menyerlahkan bakat yang ada dalam bidang lakonan dan pengarahan. Disamping itu, program ini diselitkan dengan aktiviti penggambaran di lokasi iaitu telah dirakam dan dilakonkan oleh pelajar yang hadir di bawah pengarahan Encik Jurey sendiri.


Tentunya pengalaman sepanjang bengkel berlangsung tidak dapat dilupakan oleh semua yang turut serta terutama kepada Program Komunikasi UMS.

No comments:

Post a Comment